Tv Rakyat Selangor

Selasa, 31 Mac 2009

 

SELANGOR SEDIA LAWAN KENAIKAN TARIF

KENYATAAN AKHBAR
31 Mac 2009
SELANGOR SEDIA LAWAN KENAIKAN TARIF
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor kesal terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan yang
membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk terus beroperasi sebagai
konsesi dan yang secara langsung menyetujui permintaan Syabas hendak menaikkan tarif air.
Keputusan tersebut bukan sahaja mendatangkan kesan terhadap pentadbiran negeri Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya, sebaliknya terhadap pembayar cukai seluruhnya.
Malahan, Kerajaan Selangor berpendapat Syabas tidak layak diberikan lesen kerana ia gagal
memperlihatkan prestasi yang memberangsangkan sebagaimana dikehendaki oleh Akta
Perkhidmatan Industri Air 2006.
Sehingga kini, perkhidmatan Syabas yang tertakluk pada Perjanjian Konsesi (Concession
Agreement - CA) dilihat sangat tidak memuaskan dan gagal mencapai tanda aras atau parameter
yang ditetapkan CA.
Tambahan pula Syabas didapati melanggar syarat-syarat dalam CA. Perkara ini sudahpun dibawa
ke pengetahuan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, di samping permohonan kita untuk
membatalkan Perjanjian Konsesi (CA) dengan Syabas.
Walau bagaimanapun, Menteri berkenaan MASIH eggan mengambil tindakan terhadap Syabas,
sebaliknya telah menyatakan hasrat untuk memberikan lesen kepada Syabas untuk meneruskan
operasinya dengan alasan hak tersebut di luar kuasa Kerajaan Selangor.
Keputusan ini bukan sahaja bertentangan dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menyusun
semula perkhidmatan air di Malaysia tetapi juga menjejaskan kepentingan pengguna seluruhnya.
______________________________________________________________________________________________________________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
Sebenarnya keputusan untuk menaikkan tarif air tidak dapat dipertahankan. Kerajaan Negeri
Selangor percaya beberapa prasyarat bagi kenaikan tarif yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi
belum mampu dipenuhi oleh Syabas. Paling mendukacitakan, beberapa kepincangan ditemui
semasa audit dilakukan, dan hal ini menguatkan lagi alasan betapa tidak layaknya Syabas
memikul tanggungjawab meneruskan operasi air.
Justeru itu, berdasarkan pendirian keras yang diperlihatkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kesan
buruk yang bakal menyusul daripada tindakan tersebut, terutamanya terhadap kepentingan awam,
maka Kerajaan Negeri Selangor tiada pilihan lain, sebaliknya mengambil tindakan undang-undang
untuk mencari jalan penyelesaian.
Kerajaan Pakatan Rakyat berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan
Negeri dalam penstrukturan semula perkhidmatan air diSelangor. Untuk memahami isu-isu terbabit
dalam pengurusan air di Selangor, orang ramai bolehlah melayari laman web rasmi berhubung isu
ini di htttp://www.airuntukrakyat.com.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Khamis, 26 Mac 2009

 

KENYATAAN AKHBAR26 MAC 2009PERLANTIKAN PROFESOR CHEN MING DER SEBAGAI PENASIHAT SCIENCE PARK 11 DISEPANGSHAH ALAM: Kerajaan Negeri melalui Dato’ Menteri Besar Selangor telah bersetuju melantikProfesor Chen Ming Der (“Bapa Central Taiwan Science Park”) sebagai Penasihat Science Park 11di Sepang. Perlantikan ini dibuat berdasarkan kepada kemahiran beliau dalam membangunkankawasan perindustrian di mana beliau telah berjaya menarik pelaburan sebanyak NT1.7 trilliondalam masa 3 tahun ke Tai Chung Science Park.Susulan daripada itu, beliau bersetuju menerima tawaran perlantikan ini dan telah sudi melawat keSelangor pada 23hb hingga 26hb Mac 2009 bertujuan untuk memberi taklimat dan bertukar ideadengan pihak PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor mengenai isu-isu ekonomi, dengan harapanbeliau akan lebih fokus serta faham dengan keadaan pelaburan dan ekonomi Negeri Selangor.Harapan serta iringan doa agar menerusi perlantikan ini akan membuahkan hasil yang terbaikuntuk Kerajaan Negeri serta rakyat Selangor khususnya. Keputusan yang penting sebegini diambilbagi membuka lebih ruang serta peluang kepada Kerajaan Negeri bagi memartabatkan lagikesinambungan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor” seiring dengan perjuangan KerajaanPimpinan Pakatan Rakyat yang PRO-RAKYAT.

Rabu, 25 Mac 2009

 

KERAJAAN NEGERI SERTAI KEMPEN ‘EARTH HOUR’

KENYATAAN MEDIA
25 MAC 2009
KERAJAAN NEGERI SERTAI KEMPEN ‘EARTH HOUR’
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dengan besar hati mengumumkan kesediaan menyertai
kempen pada hari sabtu ini 28hb mac 2009, jam 8.30 malam. Berjuta rakyat di dunia akan
memadamkan lampu selama satu jam sempena simbolik komitmen untuk mengurangkan
pemanasan global dunia.
Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang paling membangun di Malaysia, Kerajaan Negeri
memandang serius terhadap pemasalahan ini serta menyedari tanggungjawab besar bagi
merencanakan satu jalan penyelesaian. Kerajaan Negeri dengan sukacitanya menyatakan bahawa
semua anak syarikat akan turut serta dalam kempen ini termasuk juga semua bangunan-bangunan
Kerajaan serta pusat membeli belah.
Marilah kita semua menutup lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan, ini juga adalah
merupakan tanda sokongan jutaan penduduk dunia untuk menyelamatkan bumi daripada
pemanasan global untuk kesihatan generasi akan datang.
Kerajaan Negeri akan melakukan satu perubahan yang menyeluruh bagi mengurangkan kesan
pemanasan global seperti kurangkan penggunaan elektrik atau menggunakan tenaga secara lebih
berhemah, berjalan kaki atau mengayuh basikal bagi menggantikan kenderaan, menggunakan
pengangkutan awam berbanding menngunakan kenderaan sendiri dan terus memelihara serta
memulihara hutan dan alam sekitar.
______________________________________________________________________________________________________________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
Kerajaan Negeri berpendapat ini adalah merupakan satu pelaburan bagi generasi akan datang dan
juga adalah sebahagian daripada pakej rangsangan termasuk plan pengangkutan yang menyeluruh
serta melindungi kawasan-kawasan sensitive yang juga merangkumi polisi baru Kerajaan Negeri.
Sejak setahun yang lalu, rakyat Selangor telah mengundi untuk perubahan dan Kerajaan Negeri
juga berharap semua rakyat akan dapat turut serta member sokongan bagi melindungi alam
sekitar. Sabtu ini, rakyat Selangor akan mencipta sejarah menjadi rakyat paling ramai di Malaysia
yang menyertai kempen ini dengan memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30 malam
sehingga 9.30 malam pada 28 Mac 2009 ini.
TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

 

MAC 25, 2009 CUTI YB ELIZABETH WONG DILANJUTKAN

KENYATAAN AKHBAR

SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat
keputusan bagi melanjutkan tempoh cuti YB Elizabeth Wong (EXCO Pelancongan, Hal Ehwal
Pengguna dan Alam Sekitar) sehingga 15 April 2009.
Kerajaan Negeri berpendapat keputusan ini adalah wajar memandangkan siasatan polis masih
belum selesai. Keputusan hari ini juga telah mengambil kira perbincangan di antara Dato’ Menteri
Besar Selangor dan YB Elizabeth yang berlangsung Sabtu lepas.
Kerajaan Negeri Selangor dengan ini, memberi jaminan bahawa keputusan ini tidak akan
menjelaskan sebarang urusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Untuk itu, MMKN juga telah
memutuskan tugas-tugas rasmi YB Elizabeth ditanggung beberapa ahli MMKN buat sementara
waktu seperti berikut:
Ø Pelancongan - Dato Menteri Besar Selangor dan YB Teresa Kok,
Ø Hal Ehwal Pengguna - YB Ean Yong Hian Wah
Ø Alam Sekitar - YB Rodziah Ismail dan YB Dr Xavier Jayakumar
Kerajaan Negeri juga telah melantik YB Rodziah untuk menanggung tugas-tugas kerja YB Elizabeth
sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.
______________________________________________________________________________________________________________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
Sementara menunggu keputusan siasatan polis, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pihak
supaya jangan membuat sebarang spekulasi bagi menghormati hak peribadi YB Elizabeth.
MENTERI BESAR SELANGOR
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

Isnin, 23 Mac 2009

 

PENDENGARAN AWAM ISU KHIR TOYO & "BALQIS'


 

PERCUBAAN TV RAKYAT VER 2.1


Ahad, 22 Mac 2009

 

LIVE PENDENGARAN AWAM ISU KHIR TOYO & 'BALQIS PADA 10.30AM SELASA 24 MAC SECARA LANGSUNG


Arkib

Februari 2009   Mac 2009   April 2009   Mei 2009  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Langgan Catatan [Atom]