KENYATAAN MEDIA
25 MAC 2009
KERAJAAN NEGERI SERTAI KEMPEN ‘EARTH HOUR’
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dengan besar hati mengumumkan kesediaan menyertai
kempen pada hari sabtu ini 28hb mac 2009, jam 8.30 malam. Berjuta rakyat di dunia akan
memadamkan lampu selama satu jam sempena simbolik komitmen untuk mengurangkan
pemanasan global dunia.
Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang paling membangun di Malaysia, Kerajaan Negeri
memandang serius terhadap pemasalahan ini serta menyedari tanggungjawab besar bagi
merencanakan satu jalan penyelesaian. Kerajaan Negeri dengan sukacitanya menyatakan bahawa
semua anak syarikat akan turut serta dalam kempen ini termasuk juga semua bangunan-bangunan
Kerajaan serta pusat membeli belah.
Marilah kita semua menutup lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan, ini juga adalah
merupakan tanda sokongan jutaan penduduk dunia untuk menyelamatkan bumi daripada
pemanasan global untuk kesihatan generasi akan datang.
Kerajaan Negeri akan melakukan satu perubahan yang menyeluruh bagi mengurangkan kesan
pemanasan global seperti kurangkan penggunaan elektrik atau menggunakan tenaga secara lebih
berhemah, berjalan kaki atau mengayuh basikal bagi menggantikan kenderaan, menggunakan
pengangkutan awam berbanding menngunakan kenderaan sendiri dan terus memelihara serta
memulihara hutan dan alam sekitar.
______________________________________________________________________________________________________________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
Kerajaan Negeri berpendapat ini adalah merupakan satu pelaburan bagi generasi akan datang dan
juga adalah sebahagian daripada pakej rangsangan termasuk plan pengangkutan yang menyeluruh
serta melindungi kawasan-kawasan sensitive yang juga merangkumi polisi baru Kerajaan Negeri.
Sejak setahun yang lalu, rakyat Selangor telah mengundi untuk perubahan dan Kerajaan Negeri
juga berharap semua rakyat akan dapat turut serta member sokongan bagi melindungi alam
sekitar. Sabtu ini, rakyat Selangor akan mencipta sejarah menjadi rakyat paling ramai di Malaysia
yang menyertai kempen ini dengan memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30 malam
sehingga 9.30 malam pada 28 Mac 2009 ini.
TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Catat Ulasan